Salam sejahtera,apa khabar kepada pengunjung blog ini.Harap anda semua dalam keadaan sihat sejahtera disamping keluarga & sahabat handai.
Ok, entri kali ini berkenaan fotografi.Saya yakin diluar sana pasti ramai peminat-peminat fotografi yang berlainan bidang.Saya juga salah seorang dari ribuan peminat fotografi khusus nya dalam bidang fotografi perkahwinan.
Tak kisah apa juga bidang fotografi yang anda minati, saya pasti untuk mempelajari asas fotografi sekarang adalah lebih mudah dan menyeronokkan dengan perkembangan teknologi terkini.
Internet adalah salah satu cara untuk mencari lmu atau maklumat berkenaan fotografi.Begitu juga dengan perkembangan teknologi fotografi digital lebih memudahkan untuk dipelajari dan kos untuk mengambil gambar juga lebih rendah jika dibandingkan dengan kamera analog(filem).
Alhamdulillah minat saya dalam fotografi timbul dalam zaman teknologi digital jadi lebih mudah untuk saya mempelajari asas-asas dan teknik fotografi perkahwinan.
Sebelum ini saya sering tertanya-tanya bagaimana cara untuk menghasilkan gambar-gambar yang cantik dan menarik.Saya selalu berfikiran untuk menghasilkan gambar yang menarik dan cantik ,perlu menggunakan kamera berjenama yang mahal! Opps..sangkaan saya meleset apabila saya mula belajar fotografi melalui internet dan kelas asas fotografi digital.
Gambar yang baik dihasilkan bukan sahaja menggunakan kamera yang mahal atau canggih,tetapi dengan kemahiran asas teknikal fotografi seseorang jurugambar itu.
Kesimpulannya sekarang kemahiran asas teknologi fotografi amat penting dan juga daya kreativiti dalam menghasilkan gambar yang baik.Kamera hanyalah sebuah alat untuk merakam gambar.
Ok..lah kepada para peminat fotografi saya syorkan anda lawat blog ini .Banyak artikel berkenaan fotografi ada dikongsikan disana.
Ok…jumpa lagi di entri akan datang..
Wassalam

