Ramadhan kini telah memasuki hari yang kelima.Alhamdulilah bagi umat islam di seluruh Malaysia,kita dapat menjalankan ibadah puasa dalam keadaan yang harmoni tanpa sebarang gangguan dan ancaman.
Di kesempatan ini juga saya sekeluarga ingin mengucapkan selamat menyambut bulan Ramadhan alMubarak.Semoga Allah menerima puasa kita semua.
Kami sekeluarga juga dapat menjalankan ibadah puasa dengan lancar,walaupun adakala dugaan-dugaan yang datang begitu mencabar keimanan,terutama di tempat kerja.
Dalam keadaan sedang berpuasa seharusnya kita perbanyakkan beristighfar disamping bersabar didalam apa juga keadaan.
Mudah-mudahan puasa kita akan menjadi puasa yang berkualiti.Ok..saya bukanlah seorang yang berpngetahuan tinggi dalam hal ehwal agama cuma sekadar mengingatkan diri sendiri sebenarnya.
Banyak lagi sebenarnya perkara yang perlu dipelajari berkenaan agama.Apa kata kita isikan masa lapang ini dengan mempelajari tentang hal ehwal agama.
Internet,salah satu cara untuk menyebarkan dakwah.Banyak blog-blog yang menyalurkan maklumat-maklumat berkenaan agama,Salah satu blog yang terkenal dalam membicarakan hal-hal agama islam ialah zaharuddin.net.
Laman web kepunyaan Ustaz Haji Zaharuddin ini mengandungi banyak info-info,persoalan hukum agama dan sebagainya.
Ok..sekiranya anda ada sebarang kemusykilan berkenaan agama bolehlah melayari laman web beliau.Mudah-mudahan akan terjawab segala kemusykilan anda itu.
Jgn lupa kongsikan perkara-perkara yang menarik berkenaan agama kat sini agar kita semua mendapat manfaat.
Salam Ramadhan
Wassalam..

Eh..tukar theme nampak.. hehe.
Heh..heh..
testing theme berbayar plak..
hu..hu..
Salam..
Sama2…blog saya ni pun muda gak..
Pemiliknya jer..yang tak berapa muda..heh..heh
Salam Sejahtera Tuan Zahir.
Terima kasih kerana singgah di blog muda saya.
Salam Ramadhan jua.