Blog Cari Makan
Alkisah Jurugambar Perkahwinan Sambilan
May 19, 2011 by zahir

Kit Lens Sahaja

Sumber artikel dari blog fototeacher.com - http://www.fototeacher.com/blog

Kit Lens Sahaja
Oleh Amir Ridhwan untuk FOTOTEACHER.COM

Lensa yang biasanya dijual bersama dengan DSLR kelas rendah digelar kit lens. Secara umum, kit lens adalah lensa yang bernilai rendah, mempunyai aperture maksima yang agak kecil dan kualiti optiknya di bawah par. Ada sesetengah jenama kamera memberikan kit lens yang agak canggih seperti Zuiko 12-60mm SWD dan Nikkor AF-S 18-85mm VR namun kebanyakan kit lens tidak mempunyai apa-apa keistimewaan dan kurang nilai terpakainya.

Ini tidak bermakna anda harus mengeluh dengan kit lens kerana ia tetap mempunyai beberapa kelebihan lain. Kit lens adalah lensa yang ringan dan mempunyai julat zoom yang sesuai untuk kebanyakan aplikasi. Jika digunakan dengan berkesan, kit lens berupaya menghasilkan gambar yang menakjubkan. Mungkin dari segi kualiti imej ia kurang memberangsangkan namun disebabkan ia ringan dan mudah digunakan, anda mungkin lebih senang merakam gambar aksi tanpa memerlukan bantuan tripod. Ingat, lensa yang laju (fast lens/high performance lens) bukan sahaja lebih mahal tetapi juga lebih berat.

Jika anda hanya mempunyai kit lens sahaja, tidak perlu untuk tergesa-gesa membeli lensa baru hanya kerana segan dengan jurugambar lain. Melainkan anda perlu lensa kegunaan khas seperti lensa makro atau super telephoto, penggunaan kit lens adalah memadai untuk kebanyakan situasi.

Oleh Amir Ridhwan untuk fototeacher.com

Untuk mendapatkan berbagai maklumat mengenai kursus dan bengkel fotografi yang akan adakan oleh FOTOTEACHER.COM, sila layari laman web rasmi kami di – http://www.fototeacher.com

Share/Save/Bookmark

  •   •   •   •   •
July 25, 2010 by zahir

Fotografi

Salam sejahtera,apa khabar kepada pengunjung blog ini.Harap anda semua dalam keadaan sihat sejahtera disamping keluarga & sahabat handai.

Ok, entri kali ini berkenaan fotografi.Saya yakin diluar sana pasti ramai peminat-peminat  fotografi yang berlainan bidang.Saya juga salah seorang dari ribuan peminat fotografi khusus nya dalam bidang fotografi perkahwinan.

Tak kisah apa juga  bidang fotografi yang anda minati, saya pasti untuk mempelajari asas fotografi sekarang adalah lebih mudah dan menyeronokkan dengan perkembangan teknologi terkini.

Internet adalah salah satu cara untuk mencari lmu atau maklumat berkenaan fotografi.Begitu juga dengan perkembangan teknologi fotografi digital lebih memudahkan untuk dipelajari dan kos untuk mengambil gambar juga lebih rendah jika dibandingkan dengan  kamera analog(filem).

'd80'

'slr'

Alhamdulillah minat saya dalam fotografi timbul dalam zaman teknologi digital jadi lebih mudah untuk saya mempelajari asas-asas dan teknik fotografi perkahwinan.

Sebelum ini saya sering tertanya-tanya bagaimana cara untuk menghasilkan gambar-gambar yang cantik dan menarik.Saya selalu berfikiran untuk menghasilkan gambar yang menarik dan cantik ,perlu menggunakan kamera berjenama yang mahal! Opps..sangkaan saya meleset apabila saya mula belajar fotografi melalui internet dan kelas asas fotografi digital.

Gambar yang baik dihasilkan bukan sahaja menggunakan kamera yang mahal atau canggih,tetapi dengan kemahiran asas teknikal fotografi seseorang jurugambar itu.

Kesimpulannya sekarang  kemahiran asas teknologi fotografi amat penting dan juga daya kreativiti dalam menghasilkan gambar yang baik.Kamera hanyalah sebuah alat untuk merakam gambar.

Ok..lah kepada para peminat fotografi saya syorkan anda lawat blog ini .Banyak artikel berkenaan fotografi ada dikongsikan disana.

http://www.fototeacher.com

Ok…jumpa lagi di entri akan datang..

Wassalam

Share/Save/Bookmark

  •   •   •   •   •