October 18, 2011 by zahir
Hai…salam sejahtera…
Dah agak lama juga tak update blog ini.Macam biasa,alasan sibuk juga yang di guna pakai.Tapi saya tgk blogger lain selamber jer bleh update blg derang lebih kerap…hu..hu…camne ek..
Dah nama pun blogger klu x kerap update x de plak follower.Oleh kerana blog pemilik blog ini bukanlah blogger tegar jadi memang jarang ler update blog.InsyaALLAH blog ini akan tetap diupdate dengan memfokuskan dalam bidang fotografi perkahwinan.
Satu bidang yang telah menarik minat saya dan ramai lagi diluar sana untuk menceburinya.kerana apa bidang ini pada saya adalah satu cabang seni yang amat seronok walaupun kerja-kerjanya amat meletihkan.
Tunggu post-post akan datang dari saya ok.
Tags: blog wordpress, blogger, blogging.newbie, cabaran blogger, fotografi digital, Internet, penulis
Permalink |
Posted in Umum |
No Comments »
May 18, 2011 by zahir

Alasan utama mengapa anda harus menggunakan blog WordPress™ adalah bahawa ia menawarkan semua penyelesaian dan alat untuk membina sebuah website. Keuntungan utama menggunakan blog adalah anda dapat menggunakan blog WordPress™ dan menyesuaikan unsur-unsur dalam tema tanpa melihat keterbatasan pengetahuan tentang internet dan pembangunan website.
Populariti WordPress™ adalah kerana faedah khusus dan ciri-ciri yang sedia untuk mengendalikan elemen blog. Selain dari yang disebutkan di atas, anda boleh membuat format atau menggunakan ‘layout design’ yang berbeza untuk website dengan hanya 1 klik sahaja. Hari ini, ada lebih dari berjuta-juta tema WordPress™ tersedia di internet. Webmaster dan profesional tetap mencipta tema baru WordPress™ yang membantu pengguna untuk mengawal blog dengan mudah dengan paparan yang menarik. Tema WordPress™ dibuat menggunakan pelbagai niche topik bidang perniagaan. Sebahagian besar tema yang sediaada boleh didownload dengan mudah dan percuma.
Kaedah terbaik untuk mencari tema WordPress™ yang paling sesuai untuk blog anda adalah dengan melakukan carian pada enjin carian. Memang benar bahawa banyak pemilik blog dan webmaster yang lain menghabiskan masa mereka dalam mencipta tema WordPress™ bagi orang untuk digunakan. Setiap tema diciptakan dengan idea-idea baru dan strategi untuk membuatnya lebih mudah dan bermanfaat bagi pengguna.
wordpress.org/extend/themes/
wordpressthemesbase.com/
www.freewpthemes.net/
www.themespreview.com/
www.smashingmagazine.com/
Dengan tema baru yang dilancarkan dan dikeluarkan di website, idea setiap pereka grafik adalah untuk membuat pengguna tema lebih mesra dan membolehkan pengguna untuk menyesuaikan elemen dengan cepat.Pastikan anda memilih tema yang mempunyai ciri-ciri yang sesuai samaada untuk blog perniagaan atau blog peribadi anda.
Selamat mencuba
Tags: blog wordpress, theme wordpress, wordpress
Permalink |
Posted in Umum |
No Comments »