October 18, 2011 by zahir
Hai…salam sejahtera…
Dah agak lama juga tak update blog ini.Macam biasa,alasan sibuk juga yang di guna pakai.Tapi saya tgk blogger lain selamber jer bleh update blg derang lebih kerap…hu..hu…camne ek..
Dah nama pun blogger klu x kerap update x de plak follower.Oleh kerana blog pemilik blog ini bukanlah blogger tegar jadi memang jarang ler update blog.InsyaALLAH blog ini akan tetap diupdate dengan memfokuskan dalam bidang fotografi perkahwinan.
Satu bidang yang telah menarik minat saya dan ramai lagi diluar sana untuk menceburinya.kerana apa bidang ini pada saya adalah satu cabang seni yang amat seronok walaupun kerja-kerjanya amat meletihkan.
Tunggu post-post akan datang dari saya ok.
Tags: blog wordpress, blogger, blogging.newbie, cabaran blogger, fotografi digital, Internet, penulis
Permalink |
Posted in Umum |
No Comments »
April 5, 2011 by zahir

Salam sejahtera & apa khabar ?
Agak lama juga saya tidak menulis di blog ini.Sibuk dengan urusan kerja,keluarga & juga urusan-urusan yang lain.Sudah terlambat rasanya untuk saya mengucapkan selamat tahun baru,namun belum terlambat sekiranya saya ingin mengucapkan selamat menunaikan impian atau cita-cita yang belum lagi tercapai.Semoga dalam tahun 2011 ini azam anda & saya akan tercapai dengan cemerlang.
Mengimbas kembali tahun 2010 dimana saya telah membina blog ini untuk ‘berblogging’ namun tidak berjaya menulis secara konsisten sehingga blog ini saya tinggalkan hampir setengah tahun tidak berupdate.Bermacam perkara bermain difikiran sehingga menghalang saya untuk menulis di blog ini.Mungkin juga sebagai ‘orang baru’ dalam ‘blogging’ ini,membuatkan rasa rendah diri dan hilang idea untuk menulis.Terutamanya untuk menghasilkan artikel-artikel yang ‘berinformasi’.
Tidak dinafikan internet digunakan untuk mencari maklumat atau informasi yang berguna kepada pengguna.Perkara ini yang menimbulkan rasa kurang yakin untuk menulis artikel dalam blog ini khuatir tiada pembaca atau pengunjung.Akan tetapi jika saya tidak mula menulis sesuatu saya akan terus ketinggalan dalam arena blogging ini,lagipun pembaca diinternet terdiri dari berbagai jenis ragam & kerenah jadi tak perlu bimbangkan hal itu.
Kesimpulannya tulis sahaja apa yang rasa sesuai selagi tidak menimbulkan gangguan antara kaum,agama & negara!
Untuk tahun 2011 ini saya akan cuba update blog ini sekurang-kurangnya 2 kali seminggu InsyaAllah.Walaupun mungkin kurang informasi, saya cuba juga tulis atau kongsikan apa sahaja yang mampu dikongsikan bersama.
Tags: 2011, blogger, blogging.newbie, penulis
Permalink |
Posted in Umum |
No Comments »
June 24, 2010 by zahir
Salam sejahtera dan terima kasih saya ucapkanĀ kepada rakan2 yang sudi singgah di blog ini.Ini merupakan post/entri pertama blog ini walaupun ianya telah siap dibangunkan hampir BEBERAPA BULAN …hu..hu…Disebabkan kesibukan dengan tugasan seharian dan juga urusan kerja-kerja lain membatasakan saya untuk menulis disini dan yang pasti saya baru sahaja berjinak-jinak dalam aktiviti blogging ini.
Blog ini dibina dengan tujuan untuk mencari kenalan baru tidak kira jantina ,bangsa dan agama, disamping itu juga untuk sama2 memeriahkan lagi aktiviti blogging dikalangan rakyat Malaysia yang sudah menjadi ‘trend’ masa kini.
Tidak kira siapa sahaja diri anda,seharusnya anda mempunyai blog anda sendiri untuk berkongsi maklumat atau idea ,meluahkan pendapat,mencari kenalan yang sama dengan bidang anda dan juga untuk menghasilkan pendapatan melalui blog anda sendiri.
ALHAMDULILLAH,syukur.Akhirnya dapat juga saya bina blog ini dengan susah payah & hari ini dapat saya buat entri pertama blog ini.Blog merupakan blog peribadi ,Insyaallah saya akan cuba kongsikan sedikit tentang kehidupan saya dan cuba kongsikan ilmu pengetahuan yang ada pada saya terutama dalam bidang FOTOGRAFI PERK AHWINAN dan perkara2 yang lain Insyaallah…
Ok sampai disini dulu entri kali ini kita jumpa di entri2 yang lain.
Wassalam..
Tags: blog, blogger, blogging.newbie, newbie
Permalink |
Posted in Umum |
No Comments »