Blog Cari Makan
Alkisah Jurugambar Perkahwinan Sambilan
October 18, 2011 by zahir

Rehat…

Hai…salam sejahtera…

Dah agak lama juga tak update blog ini.Macam biasa,alasan sibuk juga yang di guna pakai.Tapi saya tgk blogger lain selamber jer bleh update blg derang lebih kerap…hu..hu…camne ek..

Dah nama pun blogger klu x kerap update x de plak follower.Oleh kerana blog pemilik blog ini bukanlah blogger tegar jadi memang jarang ler update blog.InsyaALLAH blog ini akan tetap diupdate dengan memfokuskan dalam bidang fotografi perkahwinan.

Satu bidang yang telah menarik minat saya dan ramai lagi diluar sana untuk menceburinya.kerana apa bidang ini pada saya adalah satu cabang seni yang amat seronok walaupun kerja-kerjanya amat meletihkan.

Tunggu post-post akan datang dari saya ok.

Share/Save/Bookmark

  •   •   •   •   •
April 10, 2011 by zahir

Dugaan…

'hikmah'

Berbagai perkara telah berlaku & terjadi kepada saya nampaknya pada awal tahun 2011 ini.Ada yang tidak pernah berlaku dan ada juga yang pernah berlaku & dilalui.

Terfikir juga kenapa mesti perkara-perkara ini berlaku tanpa diduga.Apabila sesuatu perkara terjadi terhadap kita samaada yang baik mahupun yang buruk pastinya akan membuat kita berfikir sejenak dan mula bermain-main dikotak fikiran.Kenapa?Patutke?Kenapa tak berlaku keatas orang lain? Dan bermacam-macam persoalan timbul difikiran kita.

Namun apabila kita renungkan seketika mengapa perkara itu berlaku,tidak lain,itu adalah dugaan dari ALLAH S.W.T kepada umat-umatnya.Sebenarnya apabila kita menghadapi sesuatu dugaan ,kita akan menjadi lebih matang dan tentunya kita akan mengambilnya sebagai satu pengajaran agar tidak mengulangi kesilapan atau perbuatan yang sepatutnya tidak kita lakukan.Itulah hakikat sebenarnya.

Kita merasakan dugaan itu cukup besar namun jika kita perhatikan ada lagi orang yang lebih besar dugaannya contohnya seperti negara Jepun yang dilanda tsunami baru-baru ini.Tidakkah itu satu dugaan yang amat besar buat mereka?

Kesimpulannya sebagai manusia,kita hendaklah bersabar menempuh segala dugaan dan cabaran.Setiap perkara yang berlaku ada hikmah disebaliknya.

Share/Save/Bookmark

  •   •   •   •   •