Blog Cari Makan
Alkisah Jurugambar Perkahwinan Sambilan
October 18, 2011 by zahir

Rehat…

Hai…salam sejahtera…

Dah agak lama juga tak update blog ini.Macam biasa,alasan sibuk juga yang di guna pakai.Tapi saya tgk blogger lain selamber jer bleh update blg derang lebih kerap…hu..hu…camne ek..

Dah nama pun blogger klu x kerap update x de plak follower.Oleh kerana blog pemilik blog ini bukanlah blogger tegar jadi memang jarang ler update blog.InsyaALLAH blog ini akan tetap diupdate dengan memfokuskan dalam bidang fotografi perkahwinan.

Satu bidang yang telah menarik minat saya dan ramai lagi diluar sana untuk menceburinya.kerana apa bidang ini pada saya adalah satu cabang seni yang amat seronok walaupun kerja-kerjanya amat meletihkan.

Tunggu post-post akan datang dari saya ok.

Share/Save/Bookmark

  •   •   •   •   •
May 11, 2011 by zahir

Aperture-Majalah Fotografi Bahasa Melayu

'aperure'

Seperti kebiasaan setiap hujung bulan saya akan mengunjungi kedai buku/majalah untuk mendapatkan majalah Digital Camera,majalah yang memaparkan isu-isu fotografi digital.

Biasanya saya tidak akan terus membelek majalah tersebut tetapi saya lebih suka meninjau-ninjau majalah-majalah lain.Dalam asyik meninjau tu,mata saya tertarik pada majalah yang bertajuk ‘Aperture-Majalah Fotografi Terkini’.

Oho…dah ada majalah fotografi dalam BM rupanya macam mana boleh tak perasan ..asik dengan majalah Digital Camera jer kot sampai tak perasan kewujudan majalah ni.

Berharga RM8 majalah ini memaparkan isu-isu,tip,review barangan fotografi dan banyak lagi yang menarik dipaprkan dalam majalah ini.

Antara yang menarik perhatian saya adalah ruangan komen dari jurugambar profesional mengenai gambar yang dihantar oleh pembaca.Peminat fotografi berpeluang untuk menghantar gambar-gambar mereka untuk diberikan komen oleh jurugambar profesional untuk meningkatkan lagi mutu gambar peminat fotografi tersebut dan juga pembaca yang lain.

Dimuatkan juga ruang memaparkan gambar-gambar terbaik dari pembaca yang terpilih,ini secara tak langsung dapat memberikan inspirasi kepada pembaca & peminat fotografi untuk menghasilkan gambar yang menarik dan bermutu dalm karya mereka.

Secara peribadi saya akan terus memilih majalah ini sebagi bahan bacaan dan pembelajaran dalam bidang fotografi selain dari maklumat dari internet.Jadi selepas ini pembelajaran akan jadi lebih mudah karana majalah ini diterbitka dalam bahasa melayu.Begitu juga dengan rakan-rakan peminat fotografi yang lain terutama pada mereka yang baru nak bermula saya amat mengesyorka majalah ini sebagai bahan bacaan dan rujukan fotografi anda.

Syabas dan tahniah kepada pihak penerbit serta warga kerja majalah Aperture kerana menerbitkan majalah fotografi berbahasa melayu yang pertama di Malaysia kalau tak silap saya.

Kepada peminat-peminat fotografi anda bolehlah mendapatkan majalah tersebut dikedai-kedai buku dan majalah ditempat yang berhampiran dengan anda.

Share/Save/Bookmark

  •   •   •   •   •
July 25, 2010 by zahir

Fotografi

Salam sejahtera,apa khabar kepada pengunjung blog ini.Harap anda semua dalam keadaan sihat sejahtera disamping keluarga & sahabat handai.

Ok, entri kali ini berkenaan fotografi.Saya yakin diluar sana pasti ramai peminat-peminat  fotografi yang berlainan bidang.Saya juga salah seorang dari ribuan peminat fotografi khusus nya dalam bidang fotografi perkahwinan.

Tak kisah apa juga  bidang fotografi yang anda minati, saya pasti untuk mempelajari asas fotografi sekarang adalah lebih mudah dan menyeronokkan dengan perkembangan teknologi terkini.

Internet adalah salah satu cara untuk mencari lmu atau maklumat berkenaan fotografi.Begitu juga dengan perkembangan teknologi fotografi digital lebih memudahkan untuk dipelajari dan kos untuk mengambil gambar juga lebih rendah jika dibandingkan dengan  kamera analog(filem).

'd80'

'slr'

Alhamdulillah minat saya dalam fotografi timbul dalam zaman teknologi digital jadi lebih mudah untuk saya mempelajari asas-asas dan teknik fotografi perkahwinan.

Sebelum ini saya sering tertanya-tanya bagaimana cara untuk menghasilkan gambar-gambar yang cantik dan menarik.Saya selalu berfikiran untuk menghasilkan gambar yang menarik dan cantik ,perlu menggunakan kamera berjenama yang mahal! Opps..sangkaan saya meleset apabila saya mula belajar fotografi melalui internet dan kelas asas fotografi digital.

Gambar yang baik dihasilkan bukan sahaja menggunakan kamera yang mahal atau canggih,tetapi dengan kemahiran asas teknikal fotografi seseorang jurugambar itu.

Kesimpulannya sekarang  kemahiran asas teknologi fotografi amat penting dan juga daya kreativiti dalam menghasilkan gambar yang baik.Kamera hanyalah sebuah alat untuk merakam gambar.

Ok..lah kepada para peminat fotografi saya syorkan anda lawat blog ini .Banyak artikel berkenaan fotografi ada dikongsikan disana.

http://www.fototeacher.com

Ok…jumpa lagi di entri akan datang..

Wassalam

Share/Save/Bookmark

  •   •   •   •   •