
Setiap kita pasti ingin berjaya dalam sesuatu yang kita inginkan.
Kita mungkin inginkan keluarga yang bahagia, kewangan yang stabil
ataupun kerjaya yang baik. Itu ialah matlamat kita dan kita pasti
mahu melihat ianya berhasil. Itulah yang dinamakan kejayaan, iaitu
mampu merealisasikan impian.
Namun, semakin kita ingin berjaya semakin banyak juga ‘musuh’ yang
mahu membuatkan kita gagal. Godaan dan cabaran akan datang tanpa
henti, membuatkan kita kadang – kadang hilang sabar dan mengundur
diri tanpa mencapai apa yang kita inginkan. Dalam hal ini, ‘musuh’
telah mengalahkan kita…
Siapakah ‘musuh’ yang begitu tega dan sampai hati membunuh kejayaan
kita? Apakah yang terlintas di fikiran anda sekarang? Adakah jiran
anda, saudara mara anda, rakan anda ataupun orang disekeliling yang
membenci anda?
Jika anda beranggapan sedemikian, anda sebenarnya hanya memberi
alasan untuk menghiburkan hati yang kecewa kerana gagal. Musuh
sebenar untuk kejayaan anda ialah “SIKAP” anda sendiri!
Mengarutlah!..itu mungkin pandangan peribadi anda, tetapi biarlah
saya jelaskan dengan sebaiknya kenapa sikap kita sering menjadi
penghalang kepada kejayaan kita. Bukan menyalahkan diri sendiri,
tetapi cuba memperbaiki diri sendiri…itu prinsip yang kita perlu
tanamkan.
Salah satu sikap kita yang sering menjadi musuh kepada kejayaan kita
sendiri ialah
1) Sikap berlengah – lengah. Perkara yang harus kita
lakukan segera kita lengahkan. Saya ambil contoh, ketika saya
mahu menulis artikel ini…sikap berlengah saya mengatakan bahawa
artikel ini boleh ditulis esok atau lusa, tak semestinya sekarang.
Apa akan terjadi, kalau saya ikut sikap berlengah saya itu…belum
tentu lagi artikel ini tertulis kerana sikap berlengah saya pula
pasti mengatakan tunggu minggu depan lagi dan seterusnya.
2) Sikap tidak yakin diri. Anda ingin berjaya, tetapi tidak yakin
untuk berjaya…belum mencuba dah menyerah kalah. Ini pernah
terjadi pada diri saya, dimana saya tidak yakin untuk menceburi
perniagaan internet ini walaupun saya tahu saya boleh memperbaiki
tahap kewangan saya melaluinya. Tapi syukur, saya dapat atasi
sikap ini…hari ini, saya menulis kepada anda kerana saya telahpun
berjaya menjadi seorang usahawan internet.
3) Sikap sambil lewa. Anda tahu peluang untuk berjaya berada didepan
mata, namun anda masih lagi ‘rilek – rilek’ dan buat tak kisah
sehinggalah peluang tersebut hilang. Itu sudah terlambat, kerana
tiada jaminan peluang yang baik sentiasa datang. Jadi, ambil
serius setiap peluang baik yang muncul dan ambil tindakan segera.
4) Sikap meminta simpati. Anda sering mengharapkan orang lain untuk
membantu anda berjaya, namun anda tak pernah berusaha sendiri. sikap
inilah kadang kala menyebabkan timbul rasa tidak puas hati terhadap
ebook – ebook panduan dengan mendakwa ebook tersebut tidak berkualiti.
Soalnya…sudahkah anda berusaha mempraktikkan apa yang ditunjukkan?
5) Sikap tunggu dan lihat. Tidak ada kejayaan yang datang mendadak
tanpa diusahakan. Setiap hari anda melihat orang lain berjaya dan
berharap anda juga boleh berjaya seperti mereka…itu mustahil,
jika anda berterusan melihat kejyaan mereka sahaja tanpa melakukan
apa – apa. Sebaliknya, ikutlah jejak langkah kejayaan mereka dan
berusahalah bersungguh – sungguh.
Ada banyak lagi sikap negatif yang ada pada diri kita tanpa kita
sedari telahpun menjadi musuh kepada kejayaan kita. 5 sikap diatas
merupakan sebahagian sahaja namun jika kita mampu mengubah sikap
tersebut sekurang – kurangnya kita telah menuju ke arah kejayaan
sebagaimana yang kita inginkan.
Tujuan artikel ini bukanlah untuk menunjukkan bahawa saya seorang
yang sangat sempurna tetapi ia bertujuan mengingatkan saya sendiri
juga agar tidak lalai, dan secara umumnya agar kita semua turut
berjaya dalam apa jua yang kita impikan.
Untuk berjaya, ubahlah sikap. Bersikaplah seperti orang yang berjaya
untuk berjaya.
=====================================================================
Julius Salok Kassy merupakan seorang usahawan internet yang telah
berkecimpung semenjak 2008 lagi dan menghasilkan beberapa produk
yang telah membantu ramai usahawan tempatan. Antara produk beliau
yang telah membantu usahawan tempatan ialah ebook Rahsia Pemasaran
JV dan Pakej Mini PLR. Beliau juga turut aktif berkongsikan info dan
ilmu melalui blog beliau, www.produkplr.com/blog.
Anda dibenarkan menyalin semula artikel ini untuk tujuan berkongsi
ilmu di blog ataupun emel anda dengan syarat nama JULIUS SALOK KASSY
dan laman web www.produkplr.com/blog dikekalkan sebagai penulis asal.